gilahipster
Sebab Aku Sayang
Tuesday ? 0 Blabbers ?
Perhatian itu,
Kalau kamu tidak bisa memberi,

Jadi,
Usah meminta.

Kalau tidak bisa saling memberi dan menerima.
Salah seorangnya akan menangis.

Labels: , ,



Happy Reading :)


Loner Bukan Satu Kesalahan
Assalamualaikum.

Hai! Serius kali ni lama gila aku menyepi. Kira dari haritu punya nota terakhir sampai nota yang aku tengah taip ni makan masa tujuh purnama. Gittewww! Gejala yang aku hadapi sekarang ialah aku terlalu obses untuk menulis jurnal. Tapi, aku punya masalah yang mana aku taktau apa nak tulis pun dalam jurnal. Kalau aku nak menaip kisah kehidupan seharian, aku boleh taip dekat sini je. Kan? Plus tak penat aku nak menaip daripada menulis. Jadi, aku decide untuk buatkan jurnal aku tu lebih kepada to-do-lists. 

Aku menyambung patah-patah semalam. To be honest, harini bukanlah hari yang terlalu teruk untuk diklasifikasikan sebagai hari yang mendung dengan perasaan yang berkecamuk. Gittewww! Aku tak kisah sangat semester kalini aku perlu hadap kelas hari Selasa daripada pukul lapan pagi sampai lima petang. Cuma, ada beberapa perkara yang tiba-tiba jadi tak best for the whole day. Haaa, tu lah gelak banyak lagi masa kelas Company Law kan dah feeling teruk macam ni. Well, selalunya kalau aku berperasaan macam ni (yang mana aku pernah rasa sebelum ni) aku selalu bagitau diri sendiri, "Semua tu bisikan syaitannirrojim je nak buat kita rasa annoying, jealous, iri hati, sakit hati dengan orang berkenaan." Aku akan terus fikir ke arah yang lebih positif. Contoh, aku akan lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh, dapat result elok, kerja bagus dan in the future aku boleh capai imaginasi dan angan-angan yang aku dah karang sekarang. 

Pesanan aku untuk manusia berperasaan yang lebih kurang sama macam aku, kalau nampak kawan korang dapat makan sedap, dapat travel jauh-jauh (kerap pulak tu! banyak betul duit padahal belajar lagi), dapat merasa apa yang korang tak dapat rasa (contoh: rumah besar, kereta atas nama sendiri, barang branded), korang senyum je. Pasang angan-angan. Kalau korang nak apa yang korang nak, set target kemudian usaha dan inshaaAllah akan dapat. 

Pesan dekat hati tak perlu nak rasa iri hati dengan kelebihan orang lain ataupun kecewa dengan kehidupan sendiri. Tetapkan objektif apa korang nak buat atau nak capai. Pesanan ni selain untuk yang membaca nota ni tak lain tak bukan untuk diri aku juga. Susah nak lawan bisikan syaitannirrojim ni. Kan?

Till then.

Labels: , , , , ,



Happy Reading :)