gilahipster
Keputusan UPU
Monday ? 1 Blabbers ?
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah Alhamdulillah. 

I would really want to share with you what has happened today. Aku tau harini 8hb keluar result UPU. Aku ada apply masa bulan 3 kot tak silap. Ke bulan 4. Aku tak ingat dah. So today is the day. Result UPU ni macam biasa dia akan keluar tepat jam 12. So this morning aku mulakan dengan rutin Isnin aku - tengok drama korea, Wanted. Cerita ni sangat lah best gila nak mampus. Aku taknak buat review pasal siri drama Korea ni. Next time I will do. Then, after dah habis tengok aku mandi bagai semua then tidur kejap before buat houseworks. 

Aku cek result UPU ni pun nak dekat pukul 2 dah. Bukan taknak cek awal tapi takut gila noksss. Takut nanti apa jadi kalau aku tak dapat mana mana tawaran. Uish, kecewa dia tu taktau lah nak kata macam mana. Then, aku beranikan diri jugak cek benda ni sebab ya lah rugi lah aku dah bayar duit pin, print dokumen pastu pos dekat setiap U aku mintak under UPU tu including UM. Tak ke sia-sia. Kau rasa?

Bila aku dah masukkan no IC then tekan hantar aku dah berdebar tahap gila babi dah. Nasib page lepastu tak keluar result lagi. Dia mintak aku pilih kategori. So aku pun pilih kategori Diploma/Setaraf then tekan hantar lagi sekali. Kali ni memang aku berani bet page seterusnya mesti result. And then...guess what? I've got it, guys. Hahaha, Alhamdulillah...

Aku dapat sambung ke Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Bacelor Perakaunan. Universiti yang bagus dan course yang memang aku nak. Alhamdulillah...taktau nak kata macam mana. This is seriously for my late father and of course for my mom. Thank You, ya Allah. 

Apa yang aku nak katakan dekat sini is masa Diploma dulu aku sambung dekat Politeknik Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah (Polimas) Jitra, Kedah. I've been there for 3 years and next week nak konvo dah - Yeayy! Alhamdullilah... So, I have heard many bad rumors that kalau kita lepasan Diploma Politeknik ni susah nak sambung Degree dekat mana-mana U pun. Aku pernah tanya lecturer aku masatu tapi dia kata tak betul pun benda tu. Ada je student dia dulu dapat je UM. Tapi result budak tu memey power lah. Walau macam mana pun aku dengar khabar angin yang macamtu aku tetap berpegang pada kata-kata lecturer aku tu. 

So, aku dah buktikan persepsi sesetengah orang yang kata student lepasan Politeknik ni takada kualiti, susah nak sambung Degree and so on. Yes, aku admit yang kualiti student politeknik ni ada bagusnya. Apa yang bagus? Bagus sebab student Politeknik ada pengalaman kerja which is for one semester student Politeknik buat latihan praktikal. Student Diploma lain mana ada opportunity macam ni. Dalam erti kata lain, student Politeknik dah ada kelebihan dari segi pengalaman kerja yang sememangnya tak sama dengan teori belajar selama 4-5 bulan (1 semester). Kalau masa praktikal tu kerja cantik ada je employer yang contact panggil datang kerja balik lepas dah habis belajar. Itu kelebihannya bagi student Politeknik.

Nasihat aku kalau kau nak kerja lepas habis Diploma (Politeknik) mudah nak dapat compared to others Diploma's students. Tapiii, kalau ada niat nak sambung belajar lepas habis Diploma, the best way is kau kena score every semester. Kalau pointer bawah 3.00 memang susah lah nak dapat. Kalau boleh every semester dapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ). Kenapa? Sebab nanti CGPA last kau cantik lah. Kau nak apply U yang power pun tak ada masalah.  So jangan risau if korang student Politeknik. Aku dah berjaya buktikan lepasan student Politeknik boleh je sambung Degree.

Till then.


Labels: , ,



Happy Reading :)