gilahipster
Bercinta dengan suami orang?
Thursday ? 0 Blabbers ?
Assalamualaikum.

Haritu ingat tak aku ada bagitau pasal aku hilang mood nak sembang pasal satu-satu isu tu. Sekarang bertemankan drama Melayu yang sangat cliche pasal bercinta dengan suami orang lepastu bergaduh lah si isteri dan si bakal isteri then si suami menghilangkan diri sekejap so aku amat berminat nak sembang isu tu sekarang. Yup, right now babey.

Mesti terlintas dalam fikiran atau hati korang (tak banyak pun sikit je) yang bercinta dengan suami orang ni satu perkara yang tersangatlah impossible. But you may not know how your life might be onwards termasuklah seminit akan datang. Benda macam ni bukan lah perkara asing sangat. And it happens by the way.

But if you are already involved into this matter, these are some points of view I would like to share and some questions I would really want to point out. Guys, bila bercakap pasal perasaan ni it is quite tough sebab most or ourselves memang susah nak handle bab-bab macamni. Benda pasal perasaan ni bila dia datang tu bukan kita yang mintak. Nak-nak pulak jatuh hati dekat suami orang. Nak dijadikan cerita, suami orang tu pun menaruh hati jugak. Drama sangat, kan?

At first semua benda nampak smooth gila. Biasalah, fasa pertama bercinta. Well, at one time kau mula rasa macam a bit uneasy sebab bila nak keluar date both of you have to tengok kiri-kanan atas-bawah to make sure that korang tak jumpa siapa-siapa yang berkenaan. Parah lah kalau jumpa orang rumah dia kan. Ni bukan pasal takut ke apa. It's just korang malas nanti kecoh nak kena settle macam-macam hal kan. Ended up date dalam kereta pusing sana pusing sini lepastu bye-bye. Makan takada window shopping apetah lagi. Kalau lima jam keluar date takkan nak bersembang sampai ke sudah. Kau rasa?

Lepastu, kau mula rasa nak memberontak. Kau mula rasa nak dia bagi perhatian lebih sikit dekat kau. Sebab kau dah mula rasa penat. Penat sebab kau je yang kena faham dia. Faham dia tu suami orang. So kau nak on the phone ke nak meet up ke kena ikut cara dia. Masatu kau nak pertikaikan apa? Nak tanya dia, Saya ni tak penting ke buat awak? / Kenapa susah sangat awak nak bagi perhatian dekat saya? / Tak cukup ke saya faham awak selama ni? Percaya lah kata aku. Dia mesti jawab, Dah lah awak. Cuba lah faham saya. Saya penat lah macamni. Nak handle hal rumah lagi, awak lagi. / Awak tu yang suka fikir bukan-bukan. Ada je benda nak buat gaduh kan? Dah lah bye. In the end, masalah tak selesai pun. Hati pun sakit.

Kalau kau jumpa yang jenis macamni tak reti nak handle, just let him go. Bila kau hadap situasi yang mana kau rasa dia tak boleh ada untuk kau dalam susah-senang ataupun dalam keadaan emergency macam rumah terbakar ke hal-hal kematian ke dia macam tak endah je, trust me just let him go. Bayangkan kau tengah emergency, maybe something like kereta rosak waktu malam and kau cuba mintak tolong dia, guess what he didnt answer your call. In spite of, dia boleh pulak mesej kau suruh roger je through mesej. Sebab apa? Sebab dia dekat rumah, kena jaga hati orang rumah. Of course, it is a good value. Bagus dia jaga hati orang rumah dia kalau tak pening hari-hari kena tuduh macam-macam. Well, macam mana dengan kau? Kau rasa?

Dah-dah tak payah nak meraung tepi bucu katil. Nak nangis lepas kecewa tu takapa. Tak payah kau nak taip mesej panjang-panjang tulis kenapa dia buat kau macamtu, kenapa dia tak layan kau macamni tambah lagi dengan caci-maki yang berbakul-bakul. Tak payah. Serius, tak payah. Benda tak akan selesai. He wont change because of you. Of course he loves his wife. Kau ingat janji dia masa mula bercinta dulu nak buatkan kau satu-satunya isteri dia tu betul ke? Otherwise, dia cuma berusaha buka hati kau untuk jadi isteri no dua dia je. Itupun, tak nampak pun adil dan saksamanya.

The point is, sembuhkan hati kau dulu. Lepaskan dia dengan hati yang terbuka. Jangan simpan dendam. Dendam ni selain tak bagus untuk hati, tak elok jugak untuk mental. Percayalah, kau akan dapat yang lebih baik nanti. Yang penting hati kau tu kena bagi perhatian. Hal dia kau tolak tepi. Cara dia layan kau ke ataupun apa-apa lah, kau redha kan je. Kau dah buat yang terbaik but dia tak hargai then he doesnt deserve you. So, chill okay. Just give full attention towards your heart.

Apa pun, situasi setiap orang lain-lain. Mungkin ada orang situasi dia jauh lebih baik. So if you can carry it out just teruskan. Kalau rasa tak okay jangan teruskan. Sebab you are in between others relationship. Banyak benda kena fikir. Banyak pengorbanan kena buat. Banyak lah sebab perkara ni sangat lah rumit dan memerlukan persefahaman dan toleransi yang tinggi.

Apa pun, ambil masa untuk fikir semasak-masaknya. Jangan ambil keputusan semberono je. Fikir kalau kau buat macam ni lagi bagus tak daripada buat macamtu. Ataupun kalau kau buat macamtu lagi bagus tak daripada buat macam ni. Kalau keputusan tu membuatkan hati kau yang terluka takapa as long as kau terima semua yang jadi dengan hati yang terbuka. Paling penting, hati kena kuat k. Percaya pada perancangan Allah.

Till then.

Labels: , ,



Happy Reading :)