gilahipster
SembilanBelas - Ada apa dengan Blog?
Wednesday ? 0 Blabbers ?

Assalamualaikum.

Semalam, waktu malam aku syok sangat bercerita. Tengah syok-syok menaip, apa benda tah jari aku melalut nak delete something tapi TERbuat spoil apa benda tah terus hilang. Hilang babe hilang habis semua yang aku tulis berjela-jela tu. So, aku takada mood lagi nak menaip pasal isu tu. Tunggulah nanti bila ada mood tu balik. 

Aku just realize yang aku memang tak follow ramai orang pun eventhough blogger dekat Meysia ni terlalu ramai. Adalah empat orang je yang aku follow. And then aku cuba buka satu-satu blog yang aku follow tu. Guess what? Aku je ke yang masih layan blog tahun 2016 ni? Budak-budak komentar Youtube will be like... who is still watching this vid in 2016? Kah! Betty, Alien & Zees, Penjelajah Dewata and Sayonarahappyending...where are you guys? Last seen 2012 kot. Apa diorang ni memang dah takada nafsu nak berblogging dah ke? Ataupun berblogging dah macam ketinggalan zaman sangat? Ehh taklah. Nothing can beat this medium where we can share part of our stories. But maybe sekarang orang lebih suka post gambar then put some captions about the photo which is lebih menarik sebab ada gambar. Orang tak baca caption pun dah boleh faham gambar then like like and you are done. Cenggitu...

Pernah berkali-kali aku hidup di bawah bayang-bayang orang lain. Maksudnya, aku tengok cara orang ni aku rasa macam cool gila babeng terus aku pun cuba berjinak-jinak nak buat cara macamtu. Ni bukan pasal dress up ke lifestyle apa kejadah semuanya tu. Itu alhamdulillah aku masih lagi di bawah bayang-bayang sendiri. Maksud aku tu, dari segi penulisan. Pernah satu ketika aku berblogging acah-acah budak tak reti mengeja lepastu tulisan kejap kaler kuning, kejap kaler oren, merah. Aduhhh, malu sial bila ingat balik. Lepastu dah besar sikit mula berblogging in English. Tulis pulak pasal wishlist and benda-benda mengarut macam Hotzzz sangat. Kendian, lama aku stop berblogging dengan alasan love-life problem masatu. Budak baru nak up kan, tak boleh nak kata apa. Masuk umur 20an mula berjinak interpret perasaan through poems. Yang ni aku tak meluat sebab aku memang minat puisi. Cuma ilmu nak mengarang puisi tu amatlah cetek. Then, sampai sekarang kadang-kadang aku berpuisi kadang tu menaip biasa macam ni. 

Apa pun, aku sependapat dengan Sayonarahappyending yang Blogging is not about popularity. 

Till then. 

 

Labels:



Happy Reading :)