gilahipster
20 - Ke Australia Ke Kita?
Thursday ? 0 Blabbers ?
Assalamualaikum.

Malam semalam lepas aku habis menaip Azmi ada wassup. Dia nak datang rumah aku nak pinjam duit, 10 ringgit. Buat isi minyak motor pergi balik Ipoh. Orang dah bekerja, nak hantar salinan payslip buat beli kereta. Hari ni dia masuk kerja pukul 7 pagi. Semalam balik kerja 7 malam then ulang-alik Ipoh. And yup naik motor. Aku boleh imagine betapa penatnya badan dia masatu. Tapi just imagine je lah rasa penat tu takadalah nak offer massage massage ke apa kejadahnya semua tu. Kau rasa?

Tapi  itu bukan benda yang aku nak bebel dekat sini waktu ni. Azmi rancang nak ke Australia tahun depan. And on that time aku pun dah mula sambung belajar. So dia pernah cerita banyak dekat aku pasal ni. He might be there in a couple of years. Lebih detail, sampai aku habis belajar. And Degree kalau tak silap aku makan masa 4 tahun. Plus, subjek Diploma aku pun tak mampu nak potong jam kredit sebab ya lah aku student Politeknik dulu. 4 tahun tu kalau fikir balik, masa aku Dip dulu 3 tahun rileks je harung. Rasa sekejap je pun ada. Sedar-sedar bulan depan dah nak konvo. 

Masalahnya...ataupun sebenarnya bukan a big deal sangat pun. Azmi dan aku pun pernah bincang about us. Ke mana halatuju hubungan ni? And soalan-soalan yang seumpama macamtu lah. And he even asked me on that day, hang boleh ke tunggu aku, Umi? Aku lama lagi doh. Lambat gila. Nak kumpul duit lagi. Frankly speak, aku takkan tunggu if I know there will be nothing between us in the future. Aku tunggu ke tak tunggu ke the matter is all based on macam mana dia layan aku masa dia dah terbang ke sana nanti. If dia dah ada orang lain, takkan lah aku bengap sangat nak tunggu. Aku pernah cakap benda ni dekat dia yang kalau dia dah awek lain please do tell me. Jujur. Aku takkan marah because it's all about happiness kan. Kalau I am forcing him to be with me tengok-tengok tak bahagia pun takada guna kan? So, the point is aku takut Azmi tak jujur. Aku takut dia pasang awek banyak-banyak tapi all those relationships tu just main-main je and tup-tup kantoiii perhhh...kau rasa? Even if he explains yang tu cuma hubungan sampingan untuk seronok-seronok je tapi benda tak lawak bro. Not funny.

And to be honest, aku pun taktau apa perasaan aku pada Azmi for the time being and in the future. Samar-samar. I can't leave him macamtu je sebab we have been friends pun like bertahun gila. Susah lah aku nak belah, taknak kawan macamtu langsung. Lagipun, we have helped each others for years. Tak mudah babe. Cuma apa yang aku sangat pasti dengan hati aku sekarang is...kalau Azmi dah ada orang lain which is that girl can replace me, aku boleh terima kenyataan tu dengan hati yang terbuka. Eh, serius sembang lah. Betul, aku tak tipu. Aku tetap akan berkawan dengan dia tapi not so close macam sekarang lah. Kena jaga hati makwe baru tu jugak kan. Sudah semestinya aku akan doakan yang terbaik buat dia. 

And of course, akan terselit jugak kebahagiaan untuk aku satu hari nanti kan? In Shaa Allah...

Till then.

Labels: ,



Happy Reading :)