gilahipster
Sebelas - Lelaki Lalang
Thursday ? 0 Blabbers ?

Untuk lelaki yang sudah basi rasanya,

Ingat lagi masa dulu kita main kejar-kejar. 2 tahun sudah. Tak mungkin aku lupa kerana hanya pada masa itu saja lah aku rasa bahagia yang sebenarnya tanpa ragu.

Cepat masa berlalu. Kalau ada waktunya dalam setahun belakangan itu aku masih ada rasa rindu, kasih dan sayang. Aku sedikit pun rasa tak senang bila kau bermesraan dengan wanita lain. Aku sebanyak rasa pilu bila memikirkan kau mungkin tidak mahukan aku. Pada waktu itu.

Hari ini. Aku senyum lebar. Lebar bukan kerana kau cintakan aku. Lebar bukan kerana kau kasihkan aku. Lebar bukan kerana kau sayangkan aku. Tapi aku senyum lebar kerana aku mampu untuk lihat sekiranya kau bersama dengan yang lain. Semampunya aku rasa gembira.

Tiba sahaja 13 haribulan. Dan kemudiannya apabila tiba 14 haribulan. Hati aku mati dimamah kata maki dan layanan tahi. Aku sudah hilang rasa cinta untuk kau yang satu dulu. Bukan kerana keluarga. Bukan kerana bebanan. Bukan kerana harta.

Hanya kerana sifat kau yang hanya tahu menunding jari.
Hanya kerana sifat kau yang hanya tahu memaki.
Hanya kerana sifat kau yang hanya tahu meninggi diri.
Hanya kerana sifat kau yang hanya tahu beri layanan sebusuk tahi.

Aku sudah lali. Lali dengan sifat yang aku sendiri tahu takada pelindungnya nanti jika bersama. Hanya mahu merengek dan meminta ketika susah. Hanya mahu bersenang tanpa bersusah.

Akhiri cerita ini.



Happy Reading :)