gilahipster
Tujuh - Permintaan kurang daripada lebih
Thursday ? 0 Blabbers ?

Malam ni sunyi. Macam malam sebelum dan selepas semalam semalam. Aku tak benci rasa sunyi. Aku benci rasa rindu dalam hati makin aku tak faham kenapa nak rasa rindu.

Aku dah habis beratus beli produk muka. Beratus lagi beli collagen. Nasib tak habis enam puluh untuk contact lens. Ataupun lagi beratus untuk 3 helai pencil skirt.

Aku rindu Azmi sebenarnya. Aku ada juga harap dia rindu aku macam aku tengah rindu dia sekarang tapi aku rasa macam tak jadi. Aku rasa aku tahu dia tipu aku. Ataupun mungkin dia ada pasang lain habis takkan aku nak bising bila aku tiba-tiba sedar kita orang dah zero. Aku benci rasa ni. Aku benci diri sendiri sebab tak gagah macam dulu. Masa aku jadi hero jalan damai.

Aku macam selalu. Pada siapa-siapa pun aku tak minta lebih. Moga aku tabah dan kuat. 



Happy Reading :)