gilahipster
Tiga - Nikmat belajar bukan tulisan
Monday ? 0 Blabbers ?
Hari ketiga aku praktikal rasa macam dah bertahun aku kerja. Mungkin tak. Aku sebenarnya enjoy dengan apa yang aku buat. Aku suka dengan kira-kira, bukak akaun tutup akaun. Perasaan bila aku buat transaksi lepastu dapat balance kan debit kredit Syukur! Menitik air mata menahan hingus daripada meleleh. 

Sebelum aku sambung belajar dalam bidang akauntansi, aku masa sekolah dulu mana ada subjek Akaun dalam slip SPM. Pengetua aku pernah masuk kelas. Macam biasa pengetua memang suka tanya cita-cita anak sekolah dia. Aku pun tibai cakap nak jadi Akauntan. Apabenda ambik Bio, Fizik, Kimia nak jadi Akauntan. Cirit.

Ramai budak sekolah sekarang ni sebenarnya taktau derang nak jadi apa pun. Semua depends on result. Kalau Bio okay jadi Doktor. Kan? Aku dulu-dulu pun macamtu jugak. Tapi bahaya sebab bila macamni kau takada hala tuju. Tu sebab exam tak pernah score. Nak nak time trial SPM pastu SPM. Lebur.

Aku mula sedar bila aku dapat sambung belajar. Dari science stream student ke bidang akauntansi. Sebenarnya tak ada masalah pun. Masa sekolah mungkin otak aku menerawang lagi. Baru kenal nikmat dunia kan. Bila dah 18 tahun masuk IPTA masa tu baru berotak sikit. Aku mula rasa seronok belajar. Rasa nikmat belajar. Ilmu tu kan banyak dalam dunia ni. Kutip satu bila dah master rasa seronok tu perasaan dia macam kau tengah high hisap weed. Mungkin.

Kawan aku ada tanya macam mana aku boleh score for every semester. Frankly talk, aku memang lah seorang pemalas nak study after habis kuliah. Aku lebih suka tidur. Kau bayangkan habit pemalas aku ni dari sekolah menengah kot. Tup tup nak buang memang tak lah der. Tapi aku ada perasaan suka nak belajar dan suka nak score. Macam aku cakap aku bukan ulat buku. Bukan jenis study memanjang. Tapi apa aku buat, aku suka 1. tumpu perhatian masa lecturer bagi penerangan. 2. Aku jot down apa lecturer cakap yang tak ada dalam modul. Aku akan terus tanya bila tak faham. Dan lagi satu habit aku, 3. bila tak faham dan reti buat aku akan usaha sampai aku dapat. Last but not least, 4. latihan bila lecturer bagi kau kena buat. At least kau akan faham satu atau dua tapak ke depan bila buat latihan. Sebab soalan bukan satu hala. Ada macam-macam jenis soalan dengan pusing sana pusing sini. Padahal senang je nak kira kan.

Ohh, aku lupa. 5. Bila kau tengah study bukak ruang dalam minda. Jangan bagi sempit. Anggap apa kau nak belajar tu senang. Sebab bila kau orang dah mula cakap susah itu lah otak dah set sempitkan otak kau sampai kau belajar berjam-jam pun tak masuk. Lepastu, aku tau bila dah masuk IPTA ni bab lelaki ke perempuan mengorat tu common thing. Dan biasalah bila time sekolah tak merasa time IPTA baru merasa tu pasal hati berbunga-bunga sampaikan time study week pun intai bilik skandal dari pagi sampai petang. Nampak?

Kau kena ada rasa cinta nak belajar. Bercinta reti kan? 

Paling tidak. Fikirlah. Kalau lelaki nak tampung anak dara orang nanti. Nak bagi makan apa dengan dunia penuh kemerosotan duit kalau kerja pun tak seberapa. Ingat kata aku,

' Mungkin pada mulanya kamu dua cinta sama cinta. Berkata tak apa tak punya uwang andai ada rasa cinta. Itu sudah cukup katanya. Akhirnya nanti percayalah akan ada salah satu atau keduanya yang akan mengungkit tentang itu. Tentang uwang '


Happy Reading :)