gilahipster
Lima - Kalau aku kaya
Friday ? 0 Blabbers ?

Sabtu. Pagi ni aku datang kerja awal. Maksud aku praktikal. Ahh, sama je aku rasa. Buat kerja. Aku lupa hari ni tak banyak kereta. Pekerja kerajaan cuti. Kan Sabtu.

Aku nampak Haziqah dah bawak motor sendiri. Untuk seminggu sebelum harini ayah dia datang hantar datang ambik. Dia pernah satu hari tanya aku. Aku datang naik apa. Aku drive sendiri ke. Mungkin masatu dia pun nak macamtu juga.

Maksud aku. Umur aku dan dia kan dah 20 tahun. Rasa macam everything kita nak buat sendiri. Pergi kerja sendiri. Balik kerja sendiri. Naluri tu mesti ada. Zaman sekolah boleh lagi nak tunggu mak ambik lepas habis sekolah. Tu pun masatu mesti ada sikit-sikit keinginan nak bawak motor sendiri kan.

Aku takada lesen motor. So, masa sekolah dulu aku memang tak pernah ada keinginan nak datang sekolah bawak motor sendiri. Sebab aku memang loi bab-bab bawak motor ni. Maksud aku tak reti bawak motor lah.

Kenapa aku sibuk-sibuk nak cakap pasal Haziqah bawak motor. Sebab aku suka tulis maksud aku taip apa yang aku nampak lepastu aku boleh rasa perasaan tu.

Sebab aku pun manusia.



Happy Reading :)