gilahipster
Empat - Cinta tu best Kau je yang babi
Tuesday ? 0 Blabbers ?
Masa aku menangis teresak dalam bilik air tadi, aku pun tak berapa pasti ada orang dengar. Mungkin kalau ada mesti ada yang fikir kuntilanak keluar awal petang harini. Masatu waktu pejabat lagi. Orang pun masih menaip. Belum pulang.

Keberangkalian untuk aku menangis selain daripada gaduh dengan boyfriend 0.00%. Kenyataan aku selalu menangis sebab cinta. Babi.

Akhir-akhir ni, setiap kali gaduh masa minit mula je aku panas. Rasa nak sepak terajang semua benda. Menggigil tangan tahan rasa. Tapi cukup 10-15 minit lepastu aku selalu kata Biarlah.

Biarlah aku beralah.
Biarlah aku yang sakit.
Biarlah aku yang nangis.

Biarlah.

Bodoh aku ke? Atau aku buta? Untuk hubungan ni dah berapa kali aku menangis. Dah berapa kali aku tahan rasa. Dah berapa kali aku kena caci. Kena maki. Sebab aku taktahu apa jadi masa depan. Tapi kalau aku tau aku takkan biar diri aku sakit. Macam sekarang.

Berapa pusingan lagu Bliz aku main. Pedih hati pun tak mahu hilang. 

Aku. Banyak benda. Banyak benda aku buat. Sampai kadang aku serabai. Aku tak mintak harta. Satu je. Itu je aku mintak.

Hanya layan aku dengan baik-baik.

Beri aku rasa istimewa bila status aku bukan sekadar kawan. Aku dipesan tunggu. Katanya, bahagia tu akan datang. Aku tau Betapa Allah itu Maha Adil. Berapa banyak rasa sedih dan kecewa dah aku kumpul. Dan aku percaya bahagianya aku nanti akan jadi tak terhingga bahagianya. Romi Cinta Julia pun akan tinggal kenangan.

Sebab bila kau dah sakitkan aku. Dendam aku mahu kau lihat aku walau tanpa kau, aku akan terlalu dan teramat bahagia dengan yang lain. Aku nak kau lihat dan perhatikan detik kebahagiaan itu.

Sebelum kau mati.


Happy Reading :)