gilahipster
Satu - Hubungan antara Pencipta
Thursday ? 0 Blabbers ?
Daftar online sudah. Bayar yuran sudah. Lagi dua hari aku balik Kedah. Dua hari babe. Dua hari. Bukan dua bulan. Maksudnya dalam pengiraan waktu aku hanya punya lebih kurang 48 jam untuk cuddle on my bed, makan sedap-sedap dan dot dot dot.

Alhamdulillah. Untuk sem ini pointer aku meningkat walaupun hanya 0.05 je - 3.84 > 3.89
wkwkwkwk :3 

Masa tu aku dalam kereta. Tengah tunggu Mak uruskan hal Nana. Tup tup B hantar mesej. Aku memang tak check lagi result aku so macam tak percaya lah kan result aku okay sem ni. Memang berderai lah air mata. Aku panjatkan syukur tak terhingga. Sebab kalau nak dilihatkan usaha aku pun tak banyak mana cuma akhir-akhir tu aku pulun lebih sikit. Tapi yang buat aku menangis tu bukan sepenuhnya pasal result tu. Pasal perut lapar time tu pun bukan. Sebenarnya, yang buat hati aku sebak gila sebab Allah tu memang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Berapa banyak dozen dosa aku buat. Tapi Allah tetap bagi result yang bagus, lagi bagus dari dulu. Serius. Aku memang rasa malu sangat. Malu pada Allah. 

Bila aku tengok diri aku, it's too bad man. Bila nak satu benda baru aku nak jumpa, minta pada Allah. Tapi bila dah senang, riang gumbira memang tak ingat. Lupa daratan. Tu belum sentuh pasal aurat lagi. Baru solat. Banyak lagi. Nauzubillah

Cakap dekat diri banyak-banyak kali 'Aku nak berubah. Aku kena berubah. Aku mesti berubah'


Happy Reading :)